Wednesday, September 18, 2013

Uniknya ostematrix Shaklee





“Ostematrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk calcium,Vitamin D & K. magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat.Terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium"




Osteomatrix membekalkan:
• 1,000 mg (100% DV) unsur calcium dariada bahan semulajadi dan mudah diserap
• 400 mg (100% DV) magnesiuuntuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
• 400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan calcium

Itulah bezanya Osteomatrix Shaklee..ia bukan sekadar kalsium….....bukan sekadar membantu membina tulang dan gigi yang kuat..tapi nutrisi didalamnya juga membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal,membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom2 PMS.seperti kembung,kejang,mody,irritability… Istimewanya,ia juga mengandungi magnesium.Tahukah anda pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit...

Sekilas fakta tentang kalsium


Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Oke, Ini semua orang tahu, termasuklah budak sekolah rendah. Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh. Ini bagi memastikan kita boleh berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.

Kesuburan
Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsiumterutama pada si suami.

Membantu fungsi otot dan jaringan saraf
Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf. 1%kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.

Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Wanita mengandung mudah terasa kekejangan otot atau kebas kaki...Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. 

Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium menyebabkan sistem pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

Melancarkan sistem jantung dan aliran darah.
Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.

Gejala-gejala seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi patah dan rosak tetapi kalau sistem saraf tidak berfungsi, apalagi yang kita boleh lakukan.Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegahlah sebelum menjadi lebih parah

0 comments:

Post a Comment